ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Friday, April 22, 2011

ADA PAS, BARU BOLEH MASUK - SPR

Media ada pas khas dibenar masuk premis pilihan raya - SPR

22/04/2011 5:02pm

KUALA LUMPUR 22 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa wakil media yang mempunyai pas khas yang dikeluarkan SPR dan Borang A (Borang Sumpah Kerahsiaan) dibenar memasuki sesuatu premis pilihan raya termasuk pusat penamaan calon, pusat pengundian dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata, bagaimanapun hanya jurugambar dibenar masuk ke dalam pusat penamaan calon dan pengundian dalam tempoh tertentu untuk mengambil gambar proses berkenaan. 

"Untuk makluman, dua jenis pas khas dikeluarkan SPR kepada wakil media iaitu pas wartawan/pemberita dan pas jurugambar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyatan itu dikeluarkan bagi menjelaskan dakwaan Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) bahawa berlaku layanan buruk SPR terhadap wartawan semasa pilihan raya negeri Sarawak ke-10 baru-baru ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment