ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Friday, April 22, 2011

TEMPIASNYA PASTI AKAN DAPAT PUTRA MAHKOTA

Memandangkan Nilai 3 ini bersebelahan dengan Putra Mahkota, maka pastinya tempias pembangunan ini akan juga dapat dinikmati oleh penduduk Putra Mahkota.  

Nilai 3 jadi pusat komersial moden - Ismail Sabri

22/04/2011 5:43pm

NILAI 22 April - Nilai 3 yang terkenal sebagai pusat pembelian borong, akan dinaik taraf sebagai kawasan membeli belah yang moden dan bertaraf antarabangsa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kementerian kini dalam usaha menarik pelabur seperti Ikano dan Courts serta syarikat pasar raya besar antarabangsa melabur di kawasan itu.

"Kerajaan mahu membantu pengusaha di sini, kita mahu menarik lebih ramai orang termasuk rakyat Singapura dan Brunei berbelanja,” katanya kepada pemberita selepas melawat Nilai 3 hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment