ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Monday, April 18, 2011

HUSAM CALON PRESIDEN PAS

Calon Husam untuk ubah Pas

KUALA LUMPUR – Pas Kawa:san Bukit Bintang yang mencetuskan kejutan dengan mencalonkan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk mencabar Presiden, memberi alasan kepimpinan Pas perlu berubah dan perubahan itu perlu dilakukan pada muktamar kali ini.

Yang Dipertua Pas Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim berkata, perubahan dalam kepimpinan Pas amat penting untuk meraih semula sokongan rakyat terhadap parti itu selain memperkukuhkan komitmen dalam Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Ditanya adakah pencalonan itu membawa maksud Pas Bukit Bintang menolak kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Mohd Radzi berkata: “Abdul Hadi lebih sesuai memainkan peranan sebagai Timbalan Mursyidul Am menggantikan Datuk Dr Harun Din.”

“Datuk Harun pula masih diperlukan sebagai Ahli Majlis Syura Ulama,” katanya.

Mengenai Husam, Mohd Radzi berkata, calon Timbalan Presiden pada pemilihan 2009 itu mempunyai ketokohan yang diperlukan untuk mentadbir parti di bawah kuasa eksekutif sedia dan memenuhi kriteria diperlukan Majlis Syura Ulama.

"Kita percaya Husam berkemampuan dan pencalonan itu relevan dengan kehendak semasa untuk membawa perubahan pada parti," katanya.

Pada muktamarnya 8 April lalu, selain mencalonkan Husam bagi jawatan Presiden, Pas Bukit Bintang turut mencalonkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bagi kerusi Timbalan Presiden.

Selain itu, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dicalon untuk mengekalkan jawatan di samping penyertaan satu muka baru, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ditanya lagi sama ada pencalonan kontroversi itu diatur atas persepakatan dengan mana-mana pemimpin berikutan Pas Kubang Kerian yang diketuai Husam terdahulu mencalonkan Mat Sabu untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden, Mohd Radzi menafikan.

Pada 2009, kedua-dua Husam dan Mat Sabu bertanding mencabar penyandang kerusi Timbalan Presiden, Nasharuddin tetapi tidak berjaya.

Menjawab kenyataan Husam bahawa beliau sendiri tidak mahu namanya dicalonkan untuk mencabar Presiden, Mohd Radzi berkata, pihaknya sedia akur jika itu kehendak Husam sendiri.

Kepada satu soalan, beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk terus menyokong Abdul Hadi sebagai Presiden jika keputusan majoriti masih memihak kepada pemimpin dari Terengganu itu.

"Dalam Pas, kita amalkan konsep wala' iaitu kesetiaan kepada pemimpin yang dipilih secara majoriti. Ahli perlu bersetuju dengan keputusan ramai. Tidak timbul isu kami mahu menyanggah jika hasrat kami ini ditolak," katanya.

Bagi pemerhati politik Pas, ini bukan kali pertama Pas Bukit Bintang mencetus kontroversi. Pada pemilihan 2009, kawasan itu pernah mencalonkan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi jawatan Presiden parti namun ditolak.

“Pencalonan adalah perkara biasa seperti mana dalam parti, setiap dua tahun sekali, semua jawatan yang disandang gugur secara automatik,” katanya.

Mohd Radzi berharap terdapat pengasingan kuasa antara kuasa eksekutif dan Majlis Syura.

“Pengasingan kuasa perlu supaya kuasa eksekutif dapat menjalankan aktiviti dengan bebas tanpa melanggar perlembagaan parti dan ketetapan Majlis Syura.

“Tidak timbul isu penyingkiran ulama kerana buat masa ini, kuasa eksekutif dan perjalanan parti masih diawasi dan ditetapkan oleh Majlis Syura,” katanya.

No comments:

Post a Comment