ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Monday, April 18, 2011

KELAB PENYOKONG PAS BUBAR?

Ulangan....

Kelab Penyokong Pas Serdang telah pun dibubarkan akibat daripada ketidakpuasan hati oleh Ahli-Ahli mereka.

Dalam Laporan Tersebut, kelihatan mereka ini adalah terdiri daripada orang cina dan india telah mengisytiharkan untuk membubarkan Kelab tersebut.  Walau apapun, kita tunggu pula ulasan dari pihak yang lain untuk kesahihannya.


Adakah kita juga akan mendengar Pembubaran Kelab Penyokong Pas di daerah lain pula selepas ini.  Itu semua adalah kerja ALLAH.  Semoga ALLAH tunjukkan yang terbaik untuk kita.

Apa yang mereka tidak puas hati, kena tanya sendiri dengan depa la.....

 ........................................................................................................................................................

PEKAN BANGI – Kira-kira 20 Penyokong Dewan Himpunan Penyokong Pas Serdang (DHPP) yang terdiri dari kaum Cina bertindak keluar dari menjadi ahli dan tidak memberikan sokongan terhadap pergerakan aktiviti kerana ketidakadilan dalam melaksanakan tanggungjawab yang dijanjikan.


Difahamkan kesemua mereka bertindak sedemikian kerana kekecewaan dengan tindakan pemimpin setempat yang seolah-olah menganaktirikan sumbangan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program-program DHPP di sekitar Bangi.

Wakil kumpulan berkenaan, Jennet, berkata, mereka semua mengambil keputusan keluar dari menjadi ahli DHPP Serdang tidak menyokong kepimpinan adalah disebabkan ketidakadilan dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Segala janji mereka untuk adil dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat setempat khususnya kaum Cina di Bangi kini adalah helah dan tipu semata-mata kerana orang yang tidak menjalankan tugas mendapat jawatan yang tidak sepatutnya.

“Persoalan utama kita disini bukanlah disebabkan jawatan tetapi bagaimanan kepimpinan DHPP Serdang boleh menerima seseorang yang tidak bersama kita menjayakan program-program kemasyarakatan malahan kurang mengenali permasalahan yang dihadapi penduduk boleh dilantik sebagai ketua.

“Ini tidak seharusnya berlaku jika betul kepimpinan DHPP melaksanakan janji-janji mereka namun perkara sebaliknya berlaku”, katanya ketika ditemui mengadakan program ikrak keluar dari DHPP Serdang, semalam.

Menurutnya, tindakan keluar dari DHPP Serdang ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak mahupun parti dan ia adalah atas kerelaan diri sendiri demi kepentingan bersama khususnya masyarakat Cina.

“Tindakan ini adalah atas kerelaan hati ahli-ahli kerana memikirkan tiada gunanya kita menyokong seseorang jika ia tidak menepati janji dan membantu ahli-ahli menyelesaikan permasalahan yang dihadapi”, katanya.

Turut hadir pada program berkenaan ialah kepimpinan Umno Bahagian Serdang yang diketuai Datuk Mohd Fathil Daud.


Sementara itu, Mohd Fathil berkata, Umno tidak mempengaruhi kumpulan berkenaan untuk mengambil keputusan berkenaan dan kita tidak menjanjikan apa-apa kepada mereka cuma kita akan berusaha menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.


“Masyarakat khususnya ahli-ahli DHPP perlulah membuka mata dan memikirkan apa yang perlu mereka lakukan setelah melihat ketidakpuashati yang disuarakan kumpulan ini.


“Bukalah mata dan fikirlah sedalam-dalamnya adakah sokongan kumpulan ini terdapat DHPP mendapat pembelaan sewajarnya atau sebaliknya”, katanya.

- Sumber Dari Sinar Harian

No comments:

Post a Comment