ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Tuesday, April 12, 2011

AWAS INDIVIDU MENYAMAR

Awas individu menyamar kontraktor TNB

11/04/2011 8:54pm

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan agar berhati-hati terhadap penipuan oleh beberapa individu yang mendakwa sebagai pekerja atau kontraktor TNB dengan menjadikan rumah-rumah di luar bandar sebagai sasaran.

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berkata, dalam satu kenyataan di sini hari ini bahawa individu ini mengenakan pakaian seragam dengan logo TNB dikatakan telah meminta orang awam dan pemilik rumah untuk membuat pembayaran pendahuluan atas alasan kerajaan akan membuat imbuhan menerusi bil penggunaan elektrik bulanan. 

Menurut Pemandu, Kerajaan tidak memberi kuasa kepada mana-mana kementerian atau agensi untuk melaksanakan projek seumpama itu. 

Ia juga berkata, kerajaan tidak mewajibkan pemilik rumah menanggung kos perkhidmatan pendawaian dalaman selain dari deposit sambungan meter berharga sekitar RM100.

"Adalah mustahak mengambil perhatian bahawa perkhidmatan pendawaian dalaman bukan sebahagian dari skop program elektrik luar bandar.

"Sebagai penyelia Program Transformasi Kerajaan yang menggariskan Infrastruktur Asas Luar Bandar NKRA, Pemandu menggesa anggota awam atau tuan punya rumah yang dihubungi oleh individu seumpama itu agar segera membuat laporan di pejabat polis terdekat,” katanya. – Bernama

Monday, April 11, 2011

NGAPE BIOR SEMOK?

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

PENCERAMAH PAS YANG KENA CERAMAH

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI .  UNTUK ULASAN LANJUT, SILA KLIK DI SINI

YA ALLAH MAHALNYA....

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000
 

TEMERLOH: Sekumpulan 50 pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Seorang daripada pelanggan terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membawa rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan ini yang menyediakan ikan sungai, ulaman dan sayur kampung baru-baru ini. 

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya. Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada mereka dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiz. Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan selepas dimasak dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

"Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali," katanya. - BERNAMA

Sunday, April 10, 2011

SEJARAH

Sejarah UMNO Bahagian Serdang
UMNO Bahagian Serdang wujud selepas persempadanan semula kawasan parlimen yang telah dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya pada bulan Disember tahun 2003.  Kawasan Parlimen Serdang yang baru diwujudkan ini memiliki 3 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Bangi, DUN Balakong dan DUN Seri Kembangan.  UMNO Bahagian Serdang yang baru ini adalah gabungan dari sebahagian UMNO Bahagian Hulu Langat dan UMNO Bahagian Serdang “lama”. Ketika itu hanya terdapat 47 UMNO Cawangan, dimana 25 cawangan di DUN Bangi, 17 cawangan di DUN Balakong dan 5 Cawangan di DUN Seri Kembangan.
UMNO Bahagian Serdang amat beruntung kerana, Ketua Penaja UMNO Bahagian Serdang semasa penubuhannya adalah YAB Dato’ Seri Haji Dr Mohamad Khir bin Toyo, yang juga ketika itu adalah Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan.  Beliau telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada Ahli Jawatankuasa Penaja UMNO Bahagian Serdang ketika itu sehingga UMNO Bahagian Serdang terus utuh dan berkembang sehingga mampu untuk berdikari, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan UMNO Bahagian-bahagian yang lain di Negeri Selangor ini.
 
Fokus utama UMNO Bahagian Serdang pada tahun 2004 adalah untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan pada bulan Mac 2004. Justeru, bermulalah gerakan persiapan jentera pilihanraya.  Tumpuan jentera pilihanraya UMNO Bahagian Serdang pada pilihanraya kali ini adalah memastikan kemenangan kerusi DUN Bangi yang merupakan kawasan DUN yang baru diujudkan. Walaupun ianya baru diujudkan, majoriti daerah mengundi di DUN Bangi adalah berasal dari kawasan DUN Kajang yang mana pada pilihanraya tahun 1999, telah dimenangi oleh Parti Pas.

Barisan Nasional (BN) telah meletakkan Dr Amran Kasimin, bekas pensyarah UKM sebagai calon BN di DUN Bangi.  Dengan ketokohan dan berlatar belakangkan bidang pendidikan dan agama, Dr Amran Kasimin telah berjaya memikat hati pengundi-pengundi di DUN Bangi. Beliau telah menang kerusi DUN Bangi dengan memperolehi majoriti sejumlah 3,700 undi, mengalah calon PAS.


Maka, bermula era baru dalam arus perjuangan UMNO Bahagian Serdang. Selepas mendapat mandat dari rakyat di DUN Bangi, YB Dr Amran Kasimin telah di beri kepercayaan oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Serdang untuk menerajui UMNO Bahagian Serdang. Kesemua 47 UMNO Cawangan telah mencalonkan YB Dr Amran Kasimin sebagai Ketua UMNO Bahagian Serdang.
Pada tanggal 23 Jamadiawal 1425 H bersamaan 11 Julai 2004, dengan rasminya YB Dr Amran Kasimin telah dinobatkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Serdang, mengambil alih teraju daripada YAB Dato’ Seri Haji Dr Mohamad Khir bin Toyo.
Sebagai Ketua UMNO Bahagian, YB Dato’ Dr Amran Kasimin bersama barisan Ahli Jawatankuasanya telah menerajui UMNO Bahagian Serdang dengan jayanya dan telah berkembang dari hanya 47 cawangan pada masa penubuhannya, sehingga sekarang ini telah mencapai bilangan 71 cawangan.

Dengan dibantu oleh biro-biro yang bergerak selaku jentera UMNO Bahagian Serdang, kita yakin dan percaya, UMNO Bahagian Serdang akan terus maju dan akan menjadi sebuah UMNO Bahagian yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Insya’Allah.

SESESEBAB AAAAAPAA....SESESSAYA KEKEKEENA JAWAP

Kasihan Wartawan pulak yang kena marah.  

Apa kena mengena ngan jam omega....you dah establish..sebab apa saya nak kena jawab.  you berani tanya najib tak hal dengan altantuya...tak boleh munafik..tak boleh jadi perkakas...azizah ada jawab...azizah ada jawap...

Bila yang polis mintak..bila yang polis mintak...media perkakas UMNO...Untuk lebih lanjut sila klik disini

TELUR PALSU DAN VIDEO PALSU

Kalau sudah telur palsu yang nampak 100% tulen boleh kita kesan samada palsu atau tidak,   maka tidak mustahil lah video tu kita pun bleh mengetahuinya palsu atau pun tulin.  

Cuma bezanya orang dalam video yang nak kena siasat nie sorang jer...tapi telur tu kalu nak siasat punggung ayam satu-satu sapa yang bertelur palsu..punya lah banyak....hee..hee..

Kandungan protein telur tiruan menyamai tulen - Tiong Lai

10/04/2011 1:52pm

KUANTAN 10 April – Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya. 

“Ujian DNA pertama mendapati telur ayam tersebut tiada mempunyai sebarang masalah kepada pengguna,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini. - Utusan

Saturday, April 9, 2011

PEMIMPIN PKR DICABAR DEDAH VIDEO SEKS

Pemimpin PKR Dicabar Dedah Video Seks Khairy

REMBAU 8 April – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin dicabar membuktikan dakwaan beliau bahawa dia mempunyai video lucah yang membabitkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Ini berikutan kenyataan Badrul Hisham di laman web The Malaysian Insider bahawa beliau dibekalkan oleh ahli UMNO tape video lucah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin pada pilihanraya 2008.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Rembau, Safariladira Abdullah selepas membuat laporan polis berkata dakwaan Badrul Hisham terhadap Khairy merupakan satu fitnah jahat yang biadap

“Pemuda UMNO Rembau mengutuk sekeras kerasnya kenyataan yang berunsur fitnah ini dan laporan dibuat kepada pihak berkuasa adalah untuk membersihkan nama Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta menjaga nama baik UMNO itu sendiri”, katanya.

Jelas beliau video palsu yang pernah disiarkan oleh Badrul Hisham adalah Video yang langsung tidak berkait dengan Khairy Jamaluddin .

“Badrul juga ada berkata bahawa beliau ada menyimpan satu video seks isteri pemimpin UMNO.
“Ini adalah merupakan satu fitnah yang jijik untuk mengalihkan pandangan rakyat setelah Wan Azizah gagal membekalkan jam “Omega” pada sidang akhbar sebelum ini untuk membersihkan nama suaminya dalam skandal seks terbesar negara”, ujarnya.

Justeru kata beliau lagi Pemuda Rembau mencabar Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa dia mempunyai Video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat.

Friday, April 8, 2011

ANWAR AKAN DISESAH LAGI

AYUH RAKAN-RAKAN ...MALAM INI CERAMAH UMI HAFILDA DI SG RAMAL, KAJANG....

KALAU SEBELUM INI ANWAR DISESAH DIKERDAU SILA KLIK DISINI

MALAM INI KITA TENGOK APA PULAK CERITANYA....

MARI KITA TURUN RAMAI-RAMAI......

TARIKH :   08 APRIL 2011

TEMPAT : SG RAMAL, KAJANG

MASA  :  9.00 MALA

Wednesday, April 6, 2011

TAK PAYAH LAH PASANG CCTV LAGI

Kalau Pakatan Rakyat memerintah negara ini, mungkin gambar yang dirakam dalam cctv tidak lagi berguna dan boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah atau polis.  

Kita juga boleh nafikan gambar tersebut gambar kita kerana ianya dalam versi hitam dan putih. 

CCTV yang merakamkan keadaan gelap dan malam macam cerita Seekers tu mana ada yang berwarna. Bukan ke hitam dan putih tu.

Ya allah, tu pun susahnya....

Tuesday, April 5, 2011

AHLI UMNO DAH JEMU...VIDEO SEKS

Aku sebagai ahli UMNO nie pun dah jemu dengan ragam penyokong pakatan Rakyat yang menyokong Ketua mereka membuta tuli.  Bukti dah ada didepan mata pun masih tak dapat lagi nak terima.  Apa-apa pun kita tunggu apa pula episod seterusnya.

 Apakah hasil siasatan polis?  Karpal Singh kini sudah merendahkan nada dan berpendapat bahawa tak perlu ditayangkan video tersebut di dalam Parlimen.

Semoga ALLAH tunjukkan kita jalan. 

Monday, April 4, 2011

TAK TERKATA, TAPI TERJADI - Video Seks

Hangpa pikiaq lah sindiri no.....Sapa dok dalam VIDEO tuh...Kami tidak akan download Video haram tuh kat Blog ini. Kalau nak lihat, jengah-jengah lah Blog yang ada dalam list di Blog Umno Putra Mahkota.

Sebahagian rakaman video seks di YouTube

04/04/2011 7:18pm

KUALA LUMPUR 4 April - Sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.
Video yang diberi judul VTS 01 1 itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran `thepowerman'.

Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di hotel Seri Carcosa baru-baru ini.
Rakaman video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton oleh lebih 300 orang. - Utusan

HADIAH UNTUK KAUM INDIA

Inilah antara tandanya Kerajaan tidak pernah memilih bulu didalam mentadbir negara.  Di Malasyia, kita duduk berjiran dengan cina, dengan india, dengan melayu dan beberapa lagi etnik kaum.  Kita hidup aman dan damai tanpa ada masalah kaum.  Sekiranya ada pun ianya cepat-cepat diselesaikan dengan berhemah.

Hari ini, PM telah menghadiahkan RM 3 Juta untuk tabung Tan Sri Manickavasagam. Syabas.....

RM3 juta untuk tabung Tan Sri Manickavasagam

KUALA LUMPUR 3 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan RM3 juta untuk Tabung Pinjaman Pendidikan Tan Sri Manickavasagam yang dijenamakan semula dan dikendalikan sepenuhnya oleh MIC.

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, Perdana Menteri meluluskan peruntukan itu bagi memperkasakan misi penubuhan tabung pendidikan tersebut untuk membantu para pelajar yang memerlukan.
“Saya yakin tabung pendidikan ini akan menjadi satu lagi saluran untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan para pelajar India di negara ini.

“Kita perlu mencari pendekatan yang lain untuk membantu pelajar India dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar,” katanya selepas mempengerusikan lembaga pengarah tabung tersebut di ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Kira-kira 1,300 pelajar telah menikmati pelbagai bantuan pendidikan daripada tabung tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1972 oleh bekas Presiden MIC yang keenam, mendiang Tan Sri Manickavasagam.
Tabung pendidikan itu juga memberi keutamaan kepada para pelajar yang berhak menerimanya untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dan diploma. 

Palanivel berkata, anak mendiang Tan Sri Manickavasagam, M. Ramani telah menemuinya Februari lalu untuk menyatakan hasratnya menyerahkan tabung pendidikan tersebut kepada MIC .

Sunday, April 3, 2011

GELOMBANG SELAMAT TINGGAL PKR

3,226 anggota PKR P. Pinang keluar parti

02/04/2011 9:21pm

GEORGE TOWN 2 April - Seramai 3,226 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang yang majoritinya terdiri daripada masyarakat India hari mengisytiharkan keluar parti berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan pucuk pimpinan parti.

Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang M. Nyanasegaran menyerahkan borang keluar parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (Pisa) di sini, hari ini. - Bernama

Tuesday, March 8, 2011

ANUAR YAKIN MENANG LAGI.....

Annuar yakin menang di Lahore

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yakin skuad Olimpik negara tidak berdepan masalah untuk menewaskan Pakistan pada perlawanan kedua pusingan kelayakan Olimpik 2012 di Lahore, Rabu ini.

Katanya, dengan persiapan rapi dan juga kekuatan dimiliki skuad kendalian Ong Kim Swee itu, skuad negara perlu mencatat keputusan meyakinkan untuk menyuntik semangat sebelum menghadapi pusingan kedua yang lebih mencabar.

“Pasukan ini sudah menjalani persiapan terbaik sebelum perlawanan kedua dengan Pakistan, malah pasukan-pasukan seperti Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan juga Harimau Muda A sendiri terpaksa mengorbankan beberapa pemain pada perlawanan Piala FA untuk memberi laluan kepada latihan skuad ini.
“Kami harap pemain mempemerkan permainan terbaik kerana pada pandangan saya, pasukan negara tidak berdepan masalah untuk menang apatah lagi dengan bekalan dua gol.

“Saingan kelayakan Olimpik lebih sukar berbanding dulu dan pasukan negara perlu memperbaiki permainan kerana jika layak, saingan pasti lebih mencabar,” katanya.

Skuad Olimpik negara berlepas ke Lahore hari ini bagi aksi perlawanan timbal balik selepas menang 2-0 di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.
Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hadir pada majlis ramah mesra pasukan itu bersama peminat di Alhamra Farm Sg Pendek, Hulu Langat, semalam.

Sunday, March 6, 2011

AKAN ADA LAGI PILIHANRAYA BERIKUTNYA

Alhamdulillah..kita telah menang dengan mojoriti yang besar.  Ini semua adalah atas usaha yang tidak berbelah bagi.  Semua pihak memainkan peranan masing-masing.  

Dengan itu, inilah hadiahnya Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.

Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

Maka usaha-usaha ini harus dikekalkan sehingga kita kembali memenangi hati seluruh rakyat malaysia.

SYABAS KEPADA SEMUA YANG BERTUNGKUS LUMUS SECARA LANGSUNG MAHUPUN SECARA TIDAK LANGSUNG SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN.

JUMPA LAGI UNTUK PILIHANRAYA BERIKUTNYA MUNGKIN DI SARAWAK.

DIA PAKAT-PAKAT TINGGALKAN PKR LAGI...

Alhamdulillah....lebih ramai yang tinggalkan PKR lebih bagus...ayuh semua tinggalkan PKR...jgn tunggu pilihanraya baru nak tinggalkan PKR, nanti orang akan kata anda telah "dibeli".   Ini lah masanya yang terbaik untuk anda semua menyokong kembali kerjaan yang telah berusaha untuk keharmonian negara tercinta kita ini.

PKR Sabah semakin goyah, 94 anggota keluar parti

06/03/2011 3:13pm

TUARAN 6 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kini bertambah goyah apabila semakin ramai anggota parti itu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, kata Ketua UMNO Tuaran Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, hari ini seramai 94 anggota parti itu yang diketuai bekas ketua ranting PKR Indai Rusnin Laseh menyerahkan borang menyertai Umno kepadanya.

"Saya percaya lebih ramai lagi ahli-ahli PKR sedar dan menyertai BN (Barisan Nasional) dalam masa terdekat. Ini kerana kerajaan BN sahaja mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat,” kata Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kepada pemberita di sini.
Beliau juga yakin penyertaan mereka ke dalam UMNO akan membantu BN untuk meraih kemenangan besar pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Pajudin Nordin yang turut hadir, berkata, beberapa lagi ketua cabang PKR Sabah bakal meninggalkan parti tersebut.

Katanya, mereka sedang mengatur strategi untuk keluar parti secara beramai-ramai dan membantu jentera pilihan raya BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Dalam pada itu Rusnin pula berkata, tindakan mereka keluar parti tersebut kerana “pucuk pimpinan parti hanya tahu berjanji dan bercakap kosong tetapi tidak mampu menunaikannya.” "PKR juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk membantu rakyat di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya,” katanya yang 10 tahun bersama PKR. - Bernama

Sunday, February 27, 2011

Tamparan Buat PAS

Gelombang Keluar Pakatan Rakyat akan terus bergema...semoga ianya akan berkekalan dan teruskan perjuangan wahai rakan-rakan...

1,800 penyokong Pas sertai UMNO

PASIR PUTEH 26 Feb. - Kira- kira 1,800 ahli dan penyokong Pas dari Parlimen ini menyertai UMNO dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini selepas mereka menyedari tertipu dengan perjuangan parti pembangkang itu.

Dalam perkembangan terbaru, 30 bekas ahli Pas termasuk pemimpinnya dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising menyertai UMNO Cawangan Kampung Wakaf Bunut.

Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dalam satu majlis di Dewan Tabika Kampung Wakaf Bunut, di sini hari ini. 

Zawawi berkata, kesemua bekas ahli Pas itu mengikut jejak langkah bekas Ketua Penerangan Khas Pas DUN Selising, Nordin Daud, 48, dan Ketua Pas Cawangan Kampung Wakaf Bunut, Mohd. Soleh Mat Hassan, 66, menyertai UMNO.

"Hari ini bekas ketua pengawal keselamatan, ketua Pemuda, ketua Muslimat dan ahli jawatankuasa Pas cawangan itu yang bersama parti itu selama 40 tahun menyatakan pendirian mereka menyertai UMNO.
"Ini membuktikan satu gelombang perubahan yang memberi laluan kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk bertapak kembali di Kelantan. 

"Apa yang perlu kita (kepimpinan UMNO) lakukan ialah terus memberi perkhidmatan kepada rakyat di peringkat akar umbi walaupun kita sebenarnya bukan wakil rakyat yang sepatutnya lebih bertanggungjawab dan cakna terhadap permasalahan rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

GELOMBANG KELUAR PKR LAGI.....

Gelombang Keluar PKR masih terus bergema..dan akan terus bergema.... Ayuh yang lain..jgn tunggu sampai perahu dah karam baru hendak cari tempat perlindungan...

250 anggota PKR Lembah Pantai keluar parti

27/02/2011 6:16pm

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Lebih 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Lembah Pantai, hari ini, keluar dari parti berkenaan dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Bekas Naib Ketua Penerangan PKR cabang Lembah Pantai Raymond Suppiah, yang mewakili semua anggota berkenaan berkata, keputusan itu dibuat setelah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar serta kepimpinan tertinggi PKR. - Bernama

Sunday, January 30, 2011

LU BUAT GUA TERKEZUTTT.....

Sila klik disini dan Disini

Sadis bro....

BETUL..BETUL..BETUL....

Langsung Keputusan TIDAK RASMI PRK Tenang

Untuk kemaskini terkini sila tekan butang refresh atau F5


BN - 6698

PAS - 2963

MAJORITI
- 3735


1) KAMPUNG REDONG: BN-462 Pas-105
2) PEKAN AIR PANAS : BN-451 Pas-83

3) LADANG LABIS UTARA: BN-152 Pas- 40

4) BANDAR LABIS TIMUR: BN-669 Pas- 632

5) BANDAR LABIS TENGAH: BN- 365 Pas-851

6) LABIS: BN-269 Pas- 219

7) FELDA TENANG: BN-955 Pas-160

8) SAWAH BARU:BN-212- Pas-55

9) TENANG STESEN: BN-744 Pas-352

10) LADANG BUKIT DATO: BN-351 Pas-99

11) CHEMPELAK BARAT: BN- 838 Pas-142

12) CHEMPELAK: BN-985 Pas-135

13) UNDI POS: BN- 115 Pas 3

BENARKAH?

BN - 3368

PAS - 1541

MAJORITI
- 1827

Monday, January 24, 2011

GELOMBANG KELUAR PKR LAGI.....

100 anggota PKR Tasek Gelugor keluar parti, sertai BN

23/01/2011 6:16pm

TASEK GELUGOR, 23 Jan. - Seramai 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tasek Gelugor di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti berkenaan selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.

S. Thevandass yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar dari PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji kepada penduduk di kawasan Ladang Mayfield, di sini.
"Semua janji yang ditabur sebelum pilihan raya hanya janji kosong semata-mata, mereka (PKR) kata nak bantu orang India, tapi sampai sekarang apa pun mereka tidak beri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang penyertaan mereka kepada Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tasek Gelugor Dr. Mohd. Rozi Yusuf. - Bernama

Thursday, January 20, 2011

Bila l a Nak Update?

JENAZAH TERBIAR KERANA MERAIKAN KEDATANGAN PM?

Apakah berita ini betul atau fitnah. Saya mohon bantuan dari Kawasan berkaitan untuk bantu menjawap perkara ini? Untuk bacaan lebih lanjut, sila klik Disini 

MAJLIS SUMBANGAN

Majlis Sumbangan anak-anak yatim Bandar Seri Puta akan diadakan seperti dibawah :-

Tarikh  :  24 Januari 2011 (ahad)
Masa   :  9.00 pagi
Tempat : Taman Pemainan Bandar Seri Putra

Insyallah, Timbalan Menteri Pelajaran Akan menyampaikan Sumbangan.

Thursday, December 9, 2010

NURUL SHAZIENA BINTI KAMARUDDIN DICARI

Bekas pelajar agama hilangkan diri


KAMARUDDIN Hassan menunjukkan gambar anaknya, Nurul Shaziena yang dipercayai hilang di Kampung Padang Rokna, Wakaf Bharu, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

TUMPAT 7 Dis. - Selepas berulang alik antara rumah kedua ibu bapanya yang bercerai 10 tahun lalu, akhirnya seorang bekas pelajar perempuan sekolah agama di sini menghilangkan diri sejak dua hari lalu.

Bapa pelajar berkenaan, Kamaruddin Hassan, 46, berkata, anaknya Nurul Shaziena Kamaruddin, 18, ada memaklumkan kepadanya untuk pergi ke rumah ibunya di Pasir Tumboh, Kota Bharu, bagaimanapun anaknya gagal dihubungi selepas itu.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan untuk anaknya yang mesra dipanggil Kak Ngah itu berulang alik dari rumahnya di Padang Rokna, Wakaf Bharu ke rumah bekas isterinya, Rola Rina, 37, selepas mereka bercerai kira-kira 10 tahun lalu.

"Kak Ngah ada memaklumkan kepada saya melalui telefon untuk pergi ke rumah ibunya pada Ahad lalu, selepas dia keluar rumah kira-kira pukul 10 pagi hari yang sama. Tetapi apabila saya cuba menghubunginya keesokan hari, (panggilan) tidak berjawab menyebabkan saya berasa tidak sedap hati.

"Selepas menghubungi bekas isteri, saya dimaklumkan Nurul Shaziena tidak datang ke sana sejak dua hari lalu dan berusaha beberapa kali menghubungi Shaziena, sebelum mengambil keputusan melaporkan perkara itu di Balai Polis Wakaf Bharu tengah hari ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan itu sambil meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai Polis Wakaf Bharu di talian 09-7196222 atau bapa mangsa di talian 014-5209617 dan 012-9631973. - BERNAMA

Tuesday, December 7, 2010

LOW LI MIN DI CARI....

Ibu rayu anak gadis 16 tahun pulang

Tan Ghek Khim menunjukan gambar Low Li Min pada sidang media di Sungai Petani, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

SUNGAI PETANI 6 Dis. - Seorang ibu, Eaan Ghek Khim merayu anak gadisnya berusia 16 tahun yang menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang pemuda sejak 21 Oktober lalu, supaya pulang ke pangkuan keluarga dengan segera.

Ghek Khim, 47, berkata, kehilangan Low Li Min, 16, disedarinya selepas anak kedua daripada empat beradik itu tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahannya di Sekolah Menengah Teknik 2, di sini.

"Li Min tinggal di asrama sejak Januari lalu dan saya kini risau dengan keselamatannya serta amat merinduinya, takut kalau sesuatu yang buruk menimpa. Saya merayu kepadanya, pulanglah," katanya di sini hari ini.

Menurut pekerja swasta itu, dia mengesyaki kehilangan anaknya mungkin ada kaitan dengan kedatangan sebuah keluarga ke rumahnya kerana ingin meminang Li Min, Disember tahun lalu.

"Saya rasa, mereka adalah keluarga teman lelaki anak saya yang datang untuk melamar Li Min. Saya bagaimanapun tolak dengan cara baik kerana Li Min masih bersekolah.

"Mereka datang lagi baru-baru ini dengan hasrat yang sama namun saya tidak benarkan dan saya syak, Li Min kini ada bersama mereka," dakwanya.

Katanya, sejak anaknya dilarikan, Li Min pernah menghubunginya sebanyak dua kali menerusi panggilan telefon sambil menangis.

"Dia kata mahu pulang tetapi berada di tempat jauh yang saya dan dia (Li Min) tidak tahu di mana," katanya.

Ekoran kejadian itu, Ghek Khim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sehari selepas kehilangan anaknya iaitu pada 22 Oktober lalu.

Katanya, dia juga telah memuat turun gambar Li Min ke dalam laman sosial Facebook untuk disebarkan kepada umum.

"Saya berharap orang ramai segera berhubung dengan balai polis berhampiran sekiranya terjumpa Li Min," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, mengesahkan menerima laporan tentang kehilangan gadis tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau berjumpa gadis itu diminta menghubungi Ghek Khim di talian 012-4136325 atau balai polis berhampiran.




INILAH PELUANG SAYA

Peluang Menjelaskan Diri Di Mahkamah Kata DS Khir Toyo

1. Pagi tadi saya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan untuk saya dan isteri suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak  UNTUNBACAAN LANJUT SILA  klik disini

Monday, November 22, 2010

YANG CIUM MACAM NIE PUN DAH TAK CHAYANG?

Saya ada terbaca blog Realiti Mulut Melayu. Katanya orang yang mencium Anwar ini pun dan keluar PKR.  Nak baca beritanya sila Klik Disini

Yang lain-lain tu bila lagi nak keluar dari PKR yang merosakkan  minda rakyat tu?  Ingatlah Rakyat akan kenang jasa-jasa orang yang memangkah DAP. PAS dan PKR semasa mana-mana pilihanraya.

Mereka akan kenang jasa-jasa mereka kerana berjaya menjadikan Malaysia ini sebagai Singapore ke DUA....Maka pada ketika itu, cucu cicit kita semua mula menyumpah-nyumpah kepada orang-orang yang memberi undi bagi menguatkan parti yang merosakkan Tanah Melayu yang kita cintai ini......

Sunday, November 21, 2010

Senjata Buatan Sendiri Makan Tuan lagi....

21 Nov 2010 ~ Hari ini berlaku laku senjata makan tuan.  Bekas Timbalan Setiausaha PKR dan penyokongnya menganjurkan perhimpunan bagi membantah dan menyatakan rasa tidak puas hati ahli dengan sikap pemimpin PKR yang seolah-olah mahu lepaskan tangan terhadap ahli terutama ahli dari Kaum India. 

Masihkah kita ingat bahawa Demonstrasi ini telah dihalalkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI).  Katanya ianya baik untuk kita menunjukkan ketidakpuasan hati kita terhadap sesuatu isu.  

Nah..hari ini senjata yang direka oleh DSAI ini mula memakan dirinya kembali.  

Dalam perhimpunan itu, Janapala menempelak DSAI kerana terlalu membela Azmin.

"Kalau DSAI mahu Azmin, biar dia simpanlah" itulah kata yang terpacul dari mulut Janapala.  Apa maksud Janapala itu,hanya dialah yang lebih arif apa yang diperkatakan....

Dalam pada itu, Tian Chua juga telah dilabel sebagai bapak penipu...

Dalam isu yang lain, di Pulau Pinang juga berlaku perkara yang sama dimana Program Anti ISA telah bertembung dengan demontrasi Menyokong ISA....

Kita bacalah berita panas ini dalam surat kahbar esok....
   

Adakah Senjata Sudah Mula Digenggam?

Adakah AIDC dah kembali? Adakah AIDC sudah bersama kembali untuk berperang dibarisan Media Alternatif? Cuba klik disini

Alhamdulillah..kalau betul...selamat Mengangkat Senjata semula...Penulisan anda adalah satu senjata yang amat merbahaya, canggih dan terkini serta amat digeruni oleh mereka-mereka.....

Perjuangan kita masih belum berakhir...

BANDAR I-CITY SHAH ALAM

Semalam ada kesempatan ke I-CITY Shah Alam. 

Sudah lama rasanya teruja mendengar org brecerita mengenai keunikan lampu-lampu.  Sebaik sampai dikawasan itu, kita dikenakan bayaran RM 10.00.

Saya terus mencari parking, namun amat sukar kerana ramai juga orang yang datang dalam masa yang sama kerna ianya malam minggu.

Sedikit komen saya ialah "Indah Khabar Dari Rupa" tapi taklah teruk sangat.  Kalau minta markah 1-10, saya akan beri 5 sahaja.  Memang cantik lampu-lampu yang dipasang tapi belum lagi secara menyeluruh.  Sambil berjalan saya ada juga dengar orang mencadangkan itu, mencadang ini.

Mungkin pihak penganjur masih dalam perangkaan menambah lagi beberapa strategy untuk mengindahkan I-CITY tersebut.  Saya berharap para pengunjung dapat bersabar.  Cuma bayaran RM 10 itu adakah berbaloi , anda sebagai pengunjung yang tentukan....

Saturday, November 20, 2010

BUKANKAH INI YANG DIAJAR ANWAR....

Bukankah ini yang diajar anwar KEPADA PENGIKUTNYA, berdemonstrasi kalau tak puas hati, jadi kenapa perlu Anwar nak marah.  Ingatlah sesuatu yang tak betul itu allah akan bayar tunai.  Banyak benda dah yang makan tuan pada anwar ini...

bERITA uTUSAN...

SHAH ALAM 19 Nov. – Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini untuk memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti yang mendesaknya supaya berundur.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu berkumpul di Dataran Shah Alam lengkap dengan kain rentang yang tertera kata-kata mengecam Penasihat PKR itu.

Mereka yang diketuai oleh calon Ketua PKR Cabang Kota Raja, S. Kottapan mula berkumpul kira-kira pukul 8.15 malam bagi menggesa pucuk pimpinan parti itu membatalkan pemilihan peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Mereka berhimpun kira-kira 50 meter dari Wisma MBSA yang merupakan tempat Anwar mengadakan taklimat kepada ketua-ketua PKR Selangor.

Penunjuk perasaan itu membawa kira-kira tujuh kain rentang yang antaranya tertera kata-kata ‘Anwar, Azmin undur’ dan ‘Selesaikan masalah peribadi sebelum selesaikan masalah parti’.

Kira-kira lima minit selepas kumpulan itu mengangkat kain rentang, hampir 50 orang yang dipercayai ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) datang ke dataran itu dan menyuruh kumpulan yang diketuai Kottapan bersurai. Akibatnya berlaku pertengkaran selama kira-kira 10 minit sehingga hampir mencetuskan pergaduhan di antara mereka. Bagaimanapun, sepasukan anggota polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran berjaya mengawal situasi dan kedua-dua kumpulan berjaya dipisahkan ke tempat berasingan.

Polis kemudian memberi tempoh 10 minit kepada Kottapan untuk bersurai yang dituruti oleh kumpulannya dan polis kemudiannya merampas semua kain rentang. Kottapan ketika ditemui berkata, mereka mengadakan demonstrasi aman bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan peringkat cabang dan MPP yang dicemari penipuan dan rasuah. Sementara itu, dalam taklimat berkenaan Anwar menyelar Datuk Zaid Ibrahim kerana ‘menyerang’ PKR menggunakan ‘media UMNO’.

Beliau berkata, golongan seperti itu merupakan pengkhianat dalam perjuangan dan ‘laskar upahan’ yang kerjanya memaki PKR. Anwar juga memperlekeh ahli-ahli PKR yang membantah pemilihan cabang tetapi tidak mengemukakan bukti dan beliau menyamakan keadaan itu seperti kes liwat yang dihadapinya.

Friday, November 19, 2010

DUIT YAYASAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

TAJUK SSDE MINGGU INI. JOM HENJOT DUIT YAYASAN..

21NOV 2010 AHAD 8 MALAM
 
DUN DUSUN TUA, PARLIMEN HULU LANGAT

LOKASI : JALAN TEMENGGUNG 11/9 SEK 9 BUSINESS PARK ,BANDAR MAHKOTA CHERAS.

PENCERAMAH : YB NOH OMAR,YB SATIM DIMAN DAN DR KOW CHEONG wei

Saturday, November 13, 2010

SELAMATKAN AIDC

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.  UNTUK MENGETAHUI CERITA-CERITA PANAS AIDC, Sila klik  Disini
 

Monday, September 13, 2010

SUMPAH MELAYU

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Thursday, September 2, 2010

PEMBOHONGAN BESAR

Satu penipuan

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid

am@hmetro.com.my

2010/09/01

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan karut dalam klip video “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” melalui laman Youtube di Internet yang dikesan kembali rancak disebarkan sepanjang Ramadan ini.

Pemantauan Harian Metro mendapati ada dua video masing-masing bertajuk ‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah dan Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah’ dipercayai dirakam sekitar 2008, namun kini muncul semula selepas dimuat turun ke laman sosial Facebook.

Video pertama sepanjang 3.35 minit menunjukkan seolah-oleh cahaya turun sehingga ke atas Kaabah, manakala video kedua sepanjang 3.03 minit pula hanya menunjukkan gambar cahaya itu sudah berada di atas Kaabah.

Bagi meyakinkan penonton, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan sepanjang rakaman itu berjalan.

Bagaimanapun, kesahihan dua video itu boleh dipertikaikan, malah mendapat reaksi negatif daripada penonton yang melihat ia hanya pantulan cahaya yang disalah tafsir kononnya malaikat.

Rakaman video kedua turut dipertikaikan kerana dilihat seperti diubah suai menggunakan perisian komputer dan dianggap mengarut.

Mengulas penyebaran rakaman video itu, Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pen syarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid menyifatkan ia dilakukan orang sedang berkhayal.

“Ia dilakukan orang yang lemah jiwa tapi disebabkan bermimpi sesuatu yang istimewa datang bergolek, dia membuat perkara sedemikian.

“Jadi kita tidak perlu mempedulikan perkara sedemikian yang sememangnya dilakukan orang yang kerdil jiwanya,” katanya yang dihubungi semalam.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Islam Bahagian Hadis Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan individu terbabit tidak lebih daripada mahu menarik perhatian dengan menimbulkan perkara khurafat.

“Sebelum ini pun kita pernah dengar mengenai mayat menjadi khinzir, sejadah berdiri atau bola api dalam rumah untuk menarik perhatian orang ramai terutama mereka yang suka perkara pelik dan khurafat.

“Saya tidak nafikan kejadian itu boleh berlaku dengan izin Allah, tetapi kita kena faham, Islam bukan berdiri berasaskan perkara ini sebaliknya keimanan wujud hasil keyakinan terhadap kebenarannya selepas menggunakan akal yang waras bukannya dipengaruhi khayalan,” katanya.

Katanya, perkara sedemikian boleh wujud hasil khayal individu termasuk penipuan bagi meyakinkan orang mereka mengalami pengalaman pelik.

“Contohnya rakaman suara dari kubur yang juga dimuatkan di Youtube yang kita tahu palsu demi menarik perhatian orang ramai terhadap perkara tahyul dan khurafat,” katanya

BERAKHIRNYA PERANG SAUDARA

UMNO Rantau Panjang akhiri 'perang saudara'

RANTAU PANJANG 31 Ogos - Kemelut 'perang saudara' selama dua tahun UMNO bahagian Rantau Panjang berakhir hari ini apabila pihak kepimpinan dan bekas pemimpin bahagian itu bersetuju untuk berdamai demi perpaduan parti.

Pengumuman perdamaian itu dibuat oleh ketiga-tiga pihak iaitu Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohamad Zain Ismail serta bekas Bendahari UMNO bahagian itu, Ghazali Ismail.

Majlis itu berlangsung dalam satu pertemuan dengan anggota jawatankuasa bahagian, penyokong mereka dan disaksikan Bendahari Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanapi Mamat di Pusat Kegiatan Kemas Rantau Panjang, Lubok Jong di sini.

Dalam ucapannya, Mohamad Zain berkata, kemelut yang berlarutan sekian lama itu berjaya diselesaikan dengan beberapa perkara yang dibincangkan mendapat tolak ansur daripada kedua-dua pihak.

Perpecahan berlaku di bahagian itu sejak 2008 menyebabkan wujud dua puak iaitu pimpinan Abdullah dan Mohamad Zain.

Berikutan itu, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan pada 22 Julai lepas agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelesaikan masalah itu. - BERNAMA

Tuesday, August 31, 2010

TEORI RAHMAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.  TEORI RAHMAN BENAR-BENAR MENJADI KENYATAAN.  ADA IDEA TEORI BARU?

AMIN YA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Tuhan yang memiliki segala Keagongan dan Kebesaran. 

Ya Allah, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. 

 Ya Allah, tetapkan lah keikhlasan perjuangan kami, keikhlasan pemimpin kami, keikhlasan orang-orang disekeliling kami.  Keikhlasan hati yang lurus untuk bersama melahirkan generasi yang cemerlang dan berpesonaliti menjulang.    

Anugerahkanlah kejayaan Negara Kami, Perkukuhkanlah kedudukan Negara Kami, Ya Allah, satukan wawasan kami, fokuskanlah sasaran kesejahteran kami.  Kesejahteraan didunia lebih-lebih lagi kesejahteran diakhirat nanti Ya allah.

Ya ALLAH, doa untuk pemimpin kami, teguhkanlah mereka dengan kata-kata yang benar, beri petunjuk sekiranya mereka terlalai, Cekalkan hati-hati mereka, Ya allah beri kan kami kemenangan ya allah, kemenangan didunia ini, lebih-lebih lagi kemengangan diakhirat nanti.
                                                            

                                                                           

Ya Allah, tambahkan integriti kami, tambahkan kekuatan kami, tanamkanlah keikhlasan ke dalam hati kami ya allah.  Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami  tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Sesungguhnya hanya engkaulah yang maha mengetahui.

 
Ya allah satukanlah hati-hati kami Rakyat Malaysia ini ya Allah terutama hati orang melayu dan berugama islam.  Satukanlah kami dibawah lembayung rahmat mu agar kami bersatu hati seperti yang telah kau amanahkan kepada kami.  Berilah kami kekuatan, akhlak yang mulia, jujur dan ikhlas yang berterusan untuk terus menjaga kesejahteraan Negara Kami.  Terapkanlah dihati kami nilai-nilai murni dan jati diri.



Ya allah, bimbinglah kami ke jalan yang lurus, jauhilah kami dari jalan orang yang sesat dan hindarkanlah kami dari jalan orang yang engkau murkai.  Lindungi kami dari merbahaya dan musibah yang tidak diingini.



Ya Allah, Kami berdoa untuk kejayaan kami, kejayaan Bangsa Kami, Kejayaan Negeri Kami, Kejayaan Negara Kami.  Kejayaan didunia ini, lebih-lebih lagi kejayaan di akhirat nanti ya allah.

YA ALLAH, SEMPENA HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 INI, KAMI MEMOHON LIMPAH DAN KURNIA MU, MEMOHON KERAHMATAN MU SEMOGA KESEJAHTERAAN NEGARA KAMI YANG KAMI CINTAI INI BERKEKALAN.  

YA ALLAH, LINDUNGI NEGARA KAMI DARI PERBUATAN KEJI SYAITAN, MAHUPUN MANUSIA YANG DENGKI TERHADAP NEGARA KAMI.  PELIHARALAH KESEJAHTERAAN KAMI, PELIHARALAH KEAMANAN KAMI, PELIHARALAH KEAMANAN NEGERI KAMI, PELIHARALAH KEAMANAN NEGARA KAMI YA ALLAH.



ALLAH humma Ya Allah, ALLAH humma Ya RAHMAN,ALLAH humma Ya RAHIM,



Ya allah perkenankanlah segala permohonan kami ini ya allah.

  

Thursday, August 26, 2010

KETUA PKR BUKIT BINTANG SERTAI UMNO

Ketua PKR Bukit Bintang, 15 ahli sertai UMNO

2010/08/26

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan, Mahmood Abdullah, bersama 15 anggota yang sebahagiannya adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai UUMNO, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai UMNO itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, serta disaksikan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah, dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata, keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan UMNO.

"Tujuan kami kembali kepada UMNO adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.

"PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya pada sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di sini.

Katanya, selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.

"Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi ahli parti itu akan menyertai UMNO selepas Aidilfitri ini.

Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR September ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar.

Sunday, July 18, 2010

BETUL KER DEPA PAKAT KELUAR PKR LAGIII.....

PKR Ranting Permatang Pasir bubar

18/07/2010 6:08pm

BUKIT MERTAJAM 18 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Permatang Tinggi di sini dibubarkan selepas kesemua 56 angotanya bertindak keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Timbalan Ketuanya, Ismail Md. Ali berkata, keputusan itu dibuat mereka selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

"Kami juga sudah bosan dengan janji-janji manis PKR kerana sehingga hari ini iaitu selepas dua tahun memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk tiada satu (janji) ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua Bahagian Bukit Mertajam Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Ismail juga mendakwa Anggota DUN tersebut, Tan Hock Leong tidak pernah turun padang bertemu penduduk sejak memenangi kerusi itu.

Sementara itu, Musa berkata tiga lagi ranting PKR di Bukit Mertajam telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO.

Ia membabitkan kira-kira 300 anggota PKR, katanya yang enggan memberitahu ranting yang terlibat. - Bernama

Tuesday, July 13, 2010

GELOMBANG TINGGALKAN PKR MASIH PANAS

Naib Ketua PKR Keningau, 200 ahli sertai UMNO

KENINGAU 12 Julai - Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Mohd. Azmi Egang Linitok bersama tujuh ketua mukim dan 200 ahli membuat keputusan nekad keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Mohd. Azmi berkata, dia dan ketua-ketua mukim mengambil keputusan menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang yang tidak komited dengan perjuangannya.

"Kita juga sedar bahawa semakin ramai pemimpin-pemimpin PKR meninggalkan parti. Ini menunjukkan di kalangan pemimpin pun tidak sehaluan," pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO di sini semalam.

Beliau menyerahkan borang berkenaan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lajim Ukin selepas perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Keningau di sini semalam.

Mohd. Azmi berkata, mereka memilih UMNO sebagai landasan perjuangan dalam BN kerana yakin dengan parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kepimpinan Najib yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan mencerminkan bahawa seluruh rakyat pelbagai kaum, lapisan dan kepercayaan di negara ini tidak tercicir," katanya.

Sementara itu Lajim berkata, tindakan Mohd. Azmi dan rakan-rakannya meninggalkan PKR merupakan langkah bijak demi kebaikan masyarakat bumiputera di negeri ini.

''Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin dan ahli PKR bukan sahaja di Keningau tetapi seluruh Sabah meninggalkan parti pembangkang itu dan menyertai UMNO," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Keningau, Datuk Sairin Karno berharap keputusan Mohd. Azmi dan rakan-rakannya itu menyedarkan ahli-ahli PKR lain tentang pembohongan yang dilakukan parti tersebut.

''Selain itu ia juga diharap dapat membuka minda pemimpin dan ahli pembangkang lain seperti Parti Maju Sabah (SAPP) untuk kembali bersama BN," katanya.

Saturday, July 3, 2010

LAGI TINGGALKAN PKR...

230 ahli PKR sertai Makkal Sakti

2010/07/03

HUTAN MELINTANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bagan Datoh kini semakin tergugat apabila 230 ahli daripada empat cawangan berpaling tadah menyertai Parti Makkal Sakti yang berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Empat cawangan PKR terbabit ialah cawangan Sungai Timah, Batu 25, Taman Desa Baru dan Hutan Melintang.

Bekas Ketua PKR Cawangan Batu 25, M Subaramaniam mengetuai kumpulan terbabit menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Makkal Sakti Kebangsaan, N Ramu pada satu majlis khas di sini, semalam.

Subramaniam berkata, mereka bertindak tidak menyokong PKR kerana kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti itu yang tidak menunaikan janji memperjuangkan nasib masyarakat India.

Katanya, pemimpin PKR bijak menabur janji kosong, tetapi sentiasa berdolak-dalih apabila menerima aduan rakyat miskin, selain gagal membawa projek pembangunan kepada penduduk di kawasan terbabit.

“Kami sudah memohon projek membina parit, longkang dan jalan di kawasan perumahan kami tetapi pemimpin PKR yang ditemui berdolak-dalih dengan memberi pelbagai alasan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, 230 bekas penyokong PKR itu berikrar memberi sokongan kepada BN untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang daripada PKR yang memenanginya pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu dengan menewaskan calon MIC.

Sementara itu, di IPOH, Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ramai ahli PKR hilang kepercayaan dan bertindak keluar parti, sekali gus memilih parti yang lebih menjamin masa depan, berikutan parti itu tidak mempunyai hala tuju dan sering berlaku pertelingkahan antara pemimpinnya.

Beliau berkata, pemimpin parti berkenaan sering menuding jari kepada kerajaan dan menabur fitnah untuk memecahbelahkan rakyat.

“Apa yang berlaku ke atas parti itu ialah pergolakan dalaman antara pemimpinnya untuk merebut jawatan serta pangkat dalam parti, dan bukannya berjuang untuk rakyat seperti sering digembar-gemburkan oleh mereka.

“Jika dilihat, ramai ahlinya bertindak keluar parti kerana sudah menyedari bahawa PKR hanya sebuah parti yang mengamalkan prinsip retorik dan tidak mampu berjuang untuk rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ahmad Husni yang juga Menteri Kewangan Kedua, berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa mengalu-alukan tindakan ahli parti itu yang keluar parti dan akan menerima mereka untuk menyertai BN demi membantu rakyat dan memartabatkan negara.

Katanya, BN percaya ramai penyokong dan ahli PKR bertindak untuk keluar kerana berasakan parti itu tidak mempunyai agenda untuk membangunkan negara serta gagal menunaikan janji seperti diumumkan pada pilihan raya lalu.

“Pertikaian dalam PKR sudah lama dijangka kerana mereka tidak komited dalam usaha untuk membangunkan ekonomi negara dan tidak serius dalam menyelesaikan permasalahan rakyat," katanya.

Wednesday, June 30, 2010

TAHNIAH KEPADA YB TAN CHER PUK

Cuba bunuh diri dipercayai kecewa rumah kena lelong

JOHOR BAHRU: Kecekapan anggota bomba dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Johor Jaya, Tan Cher Puk mententeramkan keadaan menyebabkan seorang lelaki membatalkan niat cuba terjun dari atas bumbung sebuah bangunan empat tingkat syarikat kewangan di Bandar Baru Permas Jaya, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu cuba membunuh diri dengan menjulurkan kaki kiri di atas tembok atas bangunan yang hanya kira-kira 50 meter dari Balai Polis Permas Jaya.

Dia dipercayai kecewa selepas syarikat kewangan terbabit dikatakan melelong rumahnya di Taman Tan Sri Yaakob, di sini selepas beliau gagal menjelaskan bayaran bulanan rumah yang dibeli pada 1990 kepada syarikat kewangan itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taman Johor Jaya, Pegawai Kanan II Syed Nasir Syed Abu Bakar, berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai cubaan bunuh diri itu kira-kira jam 10.45 pagi.

Katanya, anggotanya berjaya mengawal keadaan sekali gus cubaan bunuh diri lelaki terbabit itu berjaya dihalang menerusi bantuan Tan selepas kaedah psikologi yang digunakan anggotanya kurang berkesan.

“Kami cuba memujuk dan menasihatinya dari bawah, namun tidak diendahkan sebelum Tan tampil untuk membantu menerusi panggilan telefon bimbit sekali gus berjaya mematahkan hasrat lelaki itu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Tan berkata, lelaki itu bertindak nekad untuk terjun bangunan berkenaan selepas gagal mendapatkan penjelasan berhubung lelongan rumah berkenaan tanpa pengetahuannya daripada salah seorang pegawai bank.

“Dia berasa kecewa dengan tindakan pihak bank dikatakan melelong rumah yang dibelinya dengan harga RM75,000 pada 1990 di Taman Tan Sri Yaakob, di sini dilakukan tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dulu.

“Sebaik menyedari terdapat kerja ubah suai di rumahnya, lelaki itu cuba mendapatkan bantuan seorang wakil rakyat pembangkang tetapi tidak mendapat pertolongan memuaskan sebelum menemui salah seorang pegawai bank terbabit untuk mendapatkan penjelasan” katanya.

Sunday, June 27, 2010

JANGAN LAH BERGADUH SESAMA SENDIRI

Hindari Kepentingan Diri, Bertaut Matlamat Asal Perjuangan -Zahid

Jun 26th, 2010, By Isa Nikmat  

RANTAU PANJANG, 26 Jun – Selaras musim persidangan tahunan perwakilan Bahagian kini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pemimpin parti itu yang bertelagah menghentikan sengketa dan kembali bersatu demi UMNO supaya dapat meneruskan perjuangan meninggikan syiar agama, menjulang martabat bangsa dan melonjakkan negara ke persada antarabangsa

“Kembalilah kepada matlamat asal perjuangan kita dalam MNO, hindarilah kepentingan peribadi dan beri tumpuan kepada pengukuhan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan merujuk kepada perpecahan dalam UMNO Rantau Panjang yang menyaksikan kewujudan dua puak, iaitu kumpulan yang dipimpin Ketua Bahagian Abdullah Mat Yasin dan yang diketuai bekas ketua bahagian Datuk Mohd Zain Ismail.

Hari ini kedua-dua kumpulan mengadakan mesyuarat masing-masing di dua tempat berasingan. Abdullah mengadakan mesyuarat di Dewan Kolej Kemahiran MARA dan dirasmikan Ahmad Zahid, sementara Mohd Zain pula mengadakan mesyuarat di Dewan UMNO bahagian itu.

Ahmad Zahid turut singgah di perhimpunan yang dipimpin Mohd Zain dan memberitahu pemberita ianya dilakukan di atas arahan Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya pertelagahan itu berterusan ianya akan menjejaskan peluang UMNO dan Barisan Nasional untuk menguasai semula kawasan berkenaan pada pilihan raya yang akan datang. -MediaUMNO/Bernama

Saturday, May 1, 2010

LAPORAN POLIS BUAT LIM GUAN ENG

Guan Eng dakwa peniaga jalankan aktiviti bar pantai

GEORGETOWN: Pemilik gerai atas pokok, Kafe Do Re Mi di sini, Johar Ismail membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa membuat fitnah terhadapnya sehingga mencalarkan imejnya.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Jalan Patani di sini, semalam.

Johar berkata, beliau membuat laporan polis itu selepas Guan Eng menuduhnya menjalankan perniagaan bar pantai seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Katanya, tuduhan Guan Eng itu jelas mencalarkan imejnya dan umat Islam secara keseluruhannya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya menjalankan perniagaan kafe, bukannya bar pantai seperti didakwa Guan Eng. Tuduhannya tidak betul sama sekali dan jelas memfitnah.

“Beliau seolah-olah bankrap idea dan cuba mendapatkan simpati daripada orang ramai yang sebelum ini bersimpati dengan saya. Tetapi, usahanya itu gagal,” katanya di sini, semalam.

Dalam laporan akhbar milik pakatan pembangkang itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dipetik berkata: “Kita tidak antisesiapa. Kalau halang jalan kita ambil tindakan. Isu Do Re Mi Beach Bar juga digembar-gemburkan,” katanya.

Johar berkata, Guan Eng tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu seumpama itu dan sepatutnya lebih kerap ‘turun padang’ untuk melihat sendiri bentuk perniagaan yang dijalankannya.

Baru-baru ini, kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan tindakan meroboh gerai haram termasuk Kafe Do Re Mi, mulai 1 Mei.

Bagaimanapun, keputusan yang diambil kerajaan negeri itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai melampau.