ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Wednesday, January 6, 2010

DATUK DR JAMES DAWOS MAMIT TIMB. MENTERI PELANCONGAN YANG BARU




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Mambong, Sarawak, Datuk Dr James Dawos Mamit dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan yang baru menggantikan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib yang meletak jawatan itu pada 14 Disember lalu.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, telah berkenan di atas pelantikan itu yang dibuat selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.

"Pelantikan itu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan diadakan pada Rabu, 13 Januari jam 3 petang di Istana Terenggganu, Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.

Sulaiman, anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 41, meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan atas alasan peribadi selepas ibunya, Puan Sri Laila Taib, meninggal dunia kira-kira enam bulan sebelum itu.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri April lalu, Sulaiman dikekalkan di jawatan itu dalam barisan Kabinet baru. - Bernama


No comments:

Post a Comment