ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Friday, January 8, 2010

SETIAUSAHA AGUNG PKR LETAK JAWATAN




KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim keluar dari parti itu, semalam sekali gus menamatkan spekulasi sejak beberapa minggu lalu yang mengatakan beliau tidak gembira dengan keadaan dalaman parti.


Salehuddin berkata, beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Dr Syed Husin Ali.

Salehuddin yang juga seorang peguam, berkata beliau meninggalkan politik seratus peratus dan mahu memberi tumpuan terhadap kerja perundingan korporat di dalam dan luar negara.

"Saya sudah cukup dengan semua ini. Sudah tiba masanya untuk saya beranjak dan saya akan mengembara serta fokus kepada perkhidmatan perundingan.

"Saya sudah berusia 58 tahun... dan saya tidak fikir ada banyak lagi masa produktif yang tinggal, jadi lebih baik saya menggunakan sepenuhnya masa itu sekarang," katanya.

Peletakan jawatan Salehuddin itu adalah satu tamparan hebat kepada PKR yang dilanda masalah dalaman, selain Anwar mungkin melalui satu lagi perbicaraan mahkamah yang panjang atas dakwaan kes liwat.

Salehuddin bagaimanapun, tidak mahu mengulas panjang sama ada isu peletakan jawatannya itu disebabkan oleh masalah dalaman PKR.

"Kehampaan, dengki dan kecewa... semuanya saya fikir adalah sebahagian daripada kehidupan kita dan juga kehidupan politik. Saya fikir sudah cukup kerana selama ini saya memberikan tempoh perkhidmatan cukup baik kepada parti – empat tahun sebagai setiausaha penganjur dan dua tahun sebagai setiausaha agung parti," katanya.

Sumber parti sudah lama mendedahkan pergeseran beliau dengan segelintir pemimpin parti menyebabkan keadaan tidak selesa.

Antaranya perbezaan pendapat beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang setia kepada Anwar, dalam isu mengambil alih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) oleh kerajaan Selangor.

Bulan lalu, Salehuddin dilaporkan begitu marah dan mengirim e-mel kepada pegawai parti yang beliau gambarkan sebagai 'penjahat' dan terbabit dalam 'taktik kotor' berhubung isu pengambilalihan hutang sebuah syarikat swasta oleh agensi kerajaan Selangor berjumlah RM391 juta.




No comments:

Post a Comment