ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Wednesday, January 20, 2010

MB SELANGOR TAK NAK PEMBANGUNAN DI SERENDAH


Hairan sungguh dengan Menteri Besar Selangor kita nie. YBK nak bina UiTM di Serendah pun dihalang. Kasihan sungguh nasib orang melayu dewasa ini. Namun demikian, syukur juga YBK empunya pilihan. MB Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Melaka sudah offer untuk bangunkan UiTM dinegeri masing-masing. Terpulang kepada YBK untuk yang mana satu pilihan hati.


Berbalik kepada MB kita nie, dengar cerita dia nak jadi Pengerusi YBK dan nak tambah lagi untuk letak adun-adun dari Pakatan Rakyat sebagai syarat untuk YBK boleh membina UiTM di Serendah, Selangor. Yang hairannya, YBK nie nak buat satu Uiversiti untuk Bumiputra. Dan kalau UiTM ini wujud di Serendah, maka limpahan kemajuan akan berlaku di Serendah. Yang MB ni beriya-iya sangat tak beri kenapa? Nak sangat jadi Pengerusi YBK untuk apa? Untuk dipolitikkan badan bukan kerajaan ini?

Kepada YBK, tawaran sudah ada didepan mata. Buka cawangan UiTM di Melaka atau Negeri Sembilan. Banyak kemajuan yang boleh diperolehi oleh rakyat di Melaka ataupun Di NS. MB Selangor mungkin tak nak kemajuan di Serendah. Oleh yang demikian, YBK pilihlah dimana yang disukai.

Sebaiknya bina lah di Negeri Sembilan. Maju juga Negeri Sembilan setapak lagi. Seeloknya bina di Jelebu. Jelebu sebuah kawasan yang sangat strategik.

Sekiranya pembinaan kampus ini terlaksana, ianya akan menjadi satu lagi produk untuk kemajuan Negeri Sembilan amnya dan Jelebu Khasnya.

Jelebu adalah sebuah pekan kecil yang jauh ketinggalan dari arus perdana. Pekan Jelebu tidak setaraf Kuala Pilah, tidak setaraf Bahau, tidak juga setaraf dengan tampin mahu pun rembau yang mana ianya sudah jauh maju kehadapan. Walau bagaimana pun Dato' Seri Rais Yatim sedang dalam usaha bersungguh-sungguh untuk memajukan Jelebu. Jadi inilah peluang Dato Seri Rais Yatim untuk memajukan setapak lagi Jelebu.

Dengan aliran jalanraya yang besar telah dibina sebagi penghubung Seremban dan Jelebu, ianya satu kemudahan yang berbaloi dan selesa kepada penuntut-penuntut serta keluarga penuntut untuk berulang alik sepanjang tempoh pembelajaran nanti.

Malahan kedudukan Jelebu bersempadanan dengan negeri Pahang, sudah pasti UiTM Jelebu akan menjadi tarikan dari 3 negeri berdekatan iaitu Melaka, Pahang, Selangor/KL dan tentunya Negeri Sembilan. Manakala pengunjung dari Kuala Lumpur/Selangor boleh melalui jalanraya Genting Peras yang mana ianya berdekatan dengan Ampang, Selangor.

Manakala Highway Karak hanya terletak 50 KM sahaja dari Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

Pohon Fikir-Fikirkan.......
____________________________________________________________________

MB NS tawar YBK bina kampus UiTM di Negeri Sembilan









09/01/2010 6:58pm

SEREMBAN 9 Jan. – Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan kawasan di negeri itu untuk Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan hasrat membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjemput Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom untuk berbincang dengan kerajaan negeri dan memilih kawasan yang sesuai untuk pembinaan kampus itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini bahawa YBK menghadapi masalah untuk meneruskan projek pembangunan kampus UiTM di Serendah, Rawang, Selangor dan akan mencari tapak alternatif.

Ketika ditemui pemberita di sini, Mohamad berkata, UiTM kini sudah mempunyai kampus tetapnya di Kuala Pilah dan baru-baru ini telah diluluskan pembinaan dua lagi kampus universiti itu iaitu di Seremban 3 yang dikenali sebagai ‘City Campus’ dan di Chengkau, Rembau.

Beliau berkata, kedua-dua kampus itu akan dibina melalui dana swasta.

“Kalau hasrat YBK itu menjadi kenyataan maka kita merupakan negeri pertama yang mempunyai lebih daripada dua kampus UiTM.

“Memang menjadi agenda utama kita untuk melibat pembangunan modal insan dan kita hendak menjadikan negeri ini sebagai lembah pelajaran atau pun hab pelajaran,” katanya. - Bernama


1 comment: