ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Thursday, January 28, 2010

ZULKIFLI NORDIN KELUAR PKR????

Yang baik kita kena sokong walaupun kita berbeza ideologi politik.  Dalam bab ini, saya sebagai penulis blog memberikan sokongan kepada Saudara Zulkifli Noordin di atas ketegasaan beliau menentang di dalam isu penggunaan perkataan ALLAH oleh non-muslim.

Beliau begitu konsisten di dalam perjuangan ini.  Ada ura-ura beliau mahu keluar PKR dan sertai parti lain.  Kita lihat apa yang akan berlaku nanti.......

Silalah baca ulasan Utusan Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

tarmizi.rahim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain untuk meneruskan perjuangan politiknya.

"Saya akan tunggu dan lihat apa tindakan mereka dalam tempoh sebulan ini, insya-Allah baru saya akan melihat tindakan lanjut yang sewajarnya," katanya ringkas dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan beliau akan mempertimbangkan sama ada menyertai UMNO atau menjadi wakil rakyat Bebas sekiranya dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Semalam, Zulkifli menegaskan bahawa beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat daripada PKR berikutan ketegasannya memperjuangkan isu berkaitan Islam.

Sebelum itu, mesyuarat Biro Politik PKR telah memutuskan bahawa Zulkifli akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR ekoran tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas.

Sabtu lalu, Zulkifli membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Masjid India yang mendakwa Khalid terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.

Zulkifli dalam laporannya itu turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman' yang disiarkan laman portal Malaysiakini, kelmarin.

Dalam artikel tersebut, Khalid dipetik sebagai menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang pengunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

No comments:

Post a Comment