ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Friday, January 8, 2010

IR NIZAR KEMALANGAN BERSAMA CAMRY KESAYANGAN


KERETA Toyota Camry dipandu Nizar terbabit dalam kemalangan dekat Ipoh, semalam.



IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera selepas kereta Toyota Camry yang dipandunya terbabas dan terbalik dengan empat tayar ke atas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, berdekatan Coliseum Square di sini, semalam.

Kemalangan pada jam 9.20 pagi menyebabkan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu yang memandu sendirian kereta berplat BKC 8851, cedera di siku kanan dan menerima satu jahitan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.


Mohammad Nizar berkata, ketika kejadian beliau memandu dari rumahnya di Sungai Rokam menuju ke sebuah klinik gigi di pusat bandar raya.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian sebuah kereta lain dari Jalan Seruan masuk ke laluannya secara tiba-tiba menyebabkan beliau gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.



"Akibat pelanggaran itu, kereta saya terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas. Bagaimanapun, saya menyelamatkan diri dengan keluar sendiri daripada kenderaan yang remuk itu.


"Saya kemudian dibantu orang awam dan dibawa mendapatkan rawatan di HRPB," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan HRPB, di sini, semalam.

Mohammad Nizar berkata, beliau bersyukur kerana tidak cedera dan selamat dalam kemalangan yang berlaku dalam sekelip mata itu.

Katanya, beliau hanya cedera ringan pada siku kanan dan menerima satu jahitan kini ditempatkan ke Wad 8C hospital berkenaan akibat tekanan darah tinggi.

2 comments:

  1. armouris, terima kasih ingatkan sesama kita. Kadang-kadang saya juga menghantar sms semasa memandu.

    Tetapi Y.B. Nizar bukan menghantar sms semasa memandu tetapi ada kenderaan yang tiba-tiba keluar dari simpang.

    Semoga Y.B. Ir Nizar sudah sembuh.

    ReplyDelete
  2. kemalangan boleh berlaku dimana dan kepada sesiapa jua...tapi setiap yang berlaku pasti ada penyebabnya, kita boleh mengandaikan secara rambang tapi hanya Tuhan yg mengetahui segalanya...inilah kebesaran Tuhan, Dia akan sentiasa melihat apa yg kita lakukan,Dia juga amat mengetahui apa yg tersirat dlm setiap denyutan nadi kita...jadi sama lah kita ambil iktibar apa yg di berikan kpd Nizar dgn kereta kebanggaan nya>>>>>wallahhualam!!!...

    ReplyDelete