ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, January 23, 2010

GOLF AMAL UNTUK TABUNG KEBAJIKAN RAKYAT

UMNO Bahagian Serdang bersama Kelab Sukan Komuniti Bangi akan mengadakan Kejohanan Golf Amal pada 7 Februari depan bagi mengutip dana Tabung Kebajikan UMNO Bahagian Serdang.

Kejohanan yang julung kali diadakan di Kelab Golf Danau Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi itu terbuka kepada semua untuk menyertainya dalam usaha menyumbang membantu golongan yang memerlukan di sekitar Parlimen Serdang.

Penasihat kejohanan, Datuk Mohd Fathil Daud berkata, aktiviti amal ini adalah selaras dengan hala tuju Gagasan 1Malaysia yang ingin melahirkan masyarakat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya komuniti setempat tidak mengira kaum dan agama.

“Sambil beriadah dengan sukan golf, kejohanan ini memberi peluang kepada golongan korporat dan swasta untuk menyumbang dan beramal dengan menjadi penaja utama atau membeli ruang iklan dalam buku cenderahati.

“Kejohanan amal ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain serta menjamin kesihatan,” katanya pada sidang media Kejohanan Golf Amal UMNO Bahagian Serdang bersama Kelab Sukan Komuniti Bangi di Kelab Golf Danau UKM, di sini.

Menurutnya, penubuhan Tabung Kebajikan UMNO Bahagian Serdang adalah perancangan jangka masa panjang dalam usaha membantu golongan yang menghadapi kesusahan dan kemiskinan tegar.

“Kita yakin usaha berterusan ini akan memberikan kebaikan kepada semua golongan dan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.



“Selain itu, Penaung Kejohanan Golf Amal ini juga adalah Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.




Mereka yang berminat boleh menghubungi Pejabat UMNO Bahagian Serdang menerusi talian 03-89255978 atau 012-2316112 (Borhan).


No comments:

Post a Comment