ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Monday, January 4, 2010

ISU KALIMAH ALLAH - PEMUDA UMNO SELANGOR TANGGUH PERHIMPUNAN


Pergerakan Pemuda Umno Selangor menangguhkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald yang dirancang diadakan di masjid seluruh Selangor Jumaat ini.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata keputusan itu sebagai menghormati saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua umat Islam bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

"Kami menghormati saranan Perdana Menteri yang tidak mahu isu itu penggunaan kalimah Allah) diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi ataupun perhimpunan," katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam, yang turut hadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda Umno Selangor., lapor Bernama.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Esok, kementerian itu akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

No comments:

Post a Comment