ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Wednesday, February 3, 2010

1000 ahli DAP Keluar Parti Di Pulau Pinang???

Dikhabarkan bahawa 1,000 ahli DAP dijangka keluar daripada parti itu.  Ini berpunca daripada tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Ketua Menteri mereka.  Banyak cerita-cerita panas yang kita dengar dari Pulau Mutiara ini. 

Malam tadi dalam Buletin TV3 memberitakan bahawa bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu masih terus-terusan mengutuk kepimpinan Ketua Menterinya yang di datangkan oleh DAP dari negeri Melaka.  Beliau masih tidak berpuas hati dengan sikap Ketua Menterinya itu.  Dato' Seri Zahrain Ahli Parlimen PKR itu juga menangnkis dakwaan bahawa beliau mengeluarkan kata-kata panas kepada Ketua Menteri itu disebabkan tidak mendapat projek daripada Kerajaan Negeri Pimpinan Lim Guan Eng.

Apa-apa pun tahniahlah kepada orang Pulau Pinang kerana mereka juga yang memilih untuk melihat pemerintahan DAP di sana.

Baca cerita selanjutnya di bawah.


BUTTERWORTH: Perasaan kurang senang dan kecewa dengan kepemimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di kalangan akar umbi DAP di negeri ini dikatakan sudah memuncak dengan ramai dijangka keluar parti untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Naib Presiden PCM, Huan Chen Guan, mendakwa lebih 1,000 ahli DAP, majoritinya penyokong kuat parti itu yang berusaha keras pada pilihan raya umum lalu dijangka berbuat demikian dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Katanya, ahli DAP terbabit memberitahunya mereka hilang kepercayaan terhadap Guan Eng yang banyak berubah sejak memegang jawatan Ketua Menteri, berbanding sebelum memenangi Pilihan Raya Umum lalu.

“Mereka mendakwa sejak menjadi Ketua Menteri, Guan Eng tidak mempedulikan nasib ahli yang selama ini berjuang demi parti, sombong dan hanya merasakan dirinya betul dengan sering menyalahkan orang lain.

“Mereka bosan dengan sikap lupa diri Guan Eng dan hanya mementingkan 'orangnya' yang dibawa dari luar Pulau Pinang untuk mengaut keuntungan di negeri ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jika benar dakwaan Huan akan memberi tamparan hebat kepada Guan Eng yang turut dikritik Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal). Zahrain yang juga bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Kenyataannya itu disokong Tan yang menyifatkan Guan Eng mentadbir negeri ini secara tidak adil sehingga hak rakan dalam pakatan pembangkang terhakis, selain tidak gemar dikritik.

Huan turut mempertikaikan kemampuan Guan Eng mentadbir Pulau Pinang yang hanya berasakan dirinya betul seperti bapanya yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Mereka hanya tahu menyalahkan kerajaan terdahulu dan mereka saja betul. Kalau mereka betul, buktikanlah. Saya lihat tiada perkara membanggakan dilakukannya di negeri ini.

“Guan Eng tidak sepatutnya memegang jawatan Ketua Menteri kerana bukan anak jati Pulau Pinang.

“Guan Eng hanya tahu mengambil kesempatan di negeri ini kerana tahu dirinya tidak diterima di negeri asalnya, Melaka,” katanya.

Sementara itu, Huan menafikan dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau cuba memancing Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail untuk menyertai PCM. “Memang saya ada menghubunginya, tetapi untuk bertanya khabar dan mengetahui kenapa beliau (Azan) melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

“Azlan yang ingin berjumpa saya di Kuala Lumpur, tetapi saya sibuk dengan urusan lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment