ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Tuesday, February 16, 2010

JANGAN SIMPAN ORANG YANG BERSALAH

UMNO tidak perlu menyimpan orang yang didapati bersalah.  Kalau tiada tindakan terhadap orang-orang sebegini, sudah pasti akan memberikan impak kepada UMNO dan BN didalam reformasi untuk membersihkan namanya.

Siasatan sedang dijalankan, kita tidak tahu mengapa beliau meletakkan jawatannya.  Masakan pokok bergoyang, kalau tiada angin yang bertiup.  Walaupun Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ini telah meletakkan jawatan, itu masih belum memcukupi.  

Siasatan dan hukuman mesti dijalankan.  Jangan kerana segelintir nama-nama ini nanti, UMNO dan BN disalahkan dan ditolak rakyat didalam PRU ke 13 nanti.  Menurut artikel ini, perletakan jawatannya ada kaitan dengan kes SPRM jumpa wang RM 2 juta.  Yang bersalah harus menerima hukuman yang setimpal.

Teruskan dengan membaca artikel dibawah ini untuk pemahaman yang lebih jelas.
________________________________________________

SPRM jumpa RM2j, Setiausaha Politik Nor Mohamed letak jawatan


KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, meletakkan jawatannya berkuat kuasa, Ahad lalu.

Kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam bagaimanapun tidak menyatakan sebab Hasbie meletak jawatan.

Difahamkan, peletakan jawatan Hasbie mempunyai kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya kerana didakwa memiliki sejumlah besar aset yang tidak dapat diisytiharkan perolehannya, termasuk kereta mewah serta beberapa rumah.

SPRM juga dilaporkan membekukan beberapa aset dan akaun bank miliknya bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Hasbie dikatakan ditahan Khamis lalu selepas serbuan SPRM pada jam 3.30 petang di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Sri Molek, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.

Selain itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda didaftar di bawah sebuah syarikat yang beroperasi di Pulau Tikus, Pulau Pinang dan sebuah kereta mewah turut disita.

No comments:

Post a Comment