ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Friday, February 26, 2010

SOKONGAN PENCALONAN AZIZAH

Keratan Utusan.  Azizah diminta kembali ke pangkal jalan.  Semalam Dato' Nalla Karuppan yang membuat statement sama dan kini diulas oleh Bekas Naib Presiden PKR yang juga rakan baik Anwar.  Kita lihat siapa lagi yang akan membuat statement yang sama terhadap Wan Azizah.  Ohh Dato' Seri Rais Yatim juga sudah membuat statement yang sama.

Kalau biasanya sesuatu usul akan sah apabila ada orang yang menyokong.  Seperti di dalam Mesuyarat Agung, ada pencadang dan ada yang menyokong.

Dato' Nallakaruppan mencadang, dan Datin Saidatul Badru pula menyokong.  Kita lihat aksi seterusnya.


Insaflah Wan Azizah – Saidatul Badru

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta supaya menginsafi kesilapan dan masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat.

Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami.

“Tetapi kita sebagai isteri juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Sekiranya, suami sudah merosakkan negara kita mesti minta dia berhenti dan tidak (lagi) menyokong tindakannya.

“Letakkanlah kepentingan negara mengatasi kepentingan suami untuk mencapai cita-cita peribadinya. Kasihanlah kepada penyokong dan rakyat yang tidak tahu apa-apa, fikirkanlah maruah anak-anak dan hidup mereka di dunia dan akhirat.

“Kita bukan nak hidup di dunia sahaja, saya tahu Wan Azizah mengetahui hal sebenar dan saya kecewa demi kepentingan politik suami dan dirinya (sanggup) dia berbohong kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan bahawa Wan Azizah selayaknya diberi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.

Beliau yang juga bekas rakan karib, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis bersedia mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.

1 comment:

  1. Semalam saya ada baca Paper Keadilan terbaru ada 2 isu yang haprak bangang. Tajuk utama ditulis dari Rusnizam otak mandul.Ada ke dia cakap BN yang sengaja liwat-liwat kan kes nuar aljuburi.Langsung tak tulis pasal peguam tunda yang nak minta tunda udah lah nak layan lelebih buang masa jer otak mandul ni
    Isu kedua WanAzizah dlm komentar meja presiden Sebelum tu dia pun mula le merapu pasal teori konspirasi basi.Kak Jijah siap pantun laie bunyi pantun nye cam ni
    ORANG MUDA PAKAI TANJAK,
    LAGI TAMPAN BERAKHLAK LAH IA,
    LANGKAH PANGLIMA USAH TERLAJAK,
    KELAK PENGLIMA GELAR PADANYA ( 2X )
    meh Pok Cik pun nak balas pantun Ajijah ni
    pantun 5 kerat yo..
    ORANG MUDA SEDANG MEMBAJAK
    (nak membajak pun password kena ingat eei!!!!)
    SAMBIL MEMBAJAK PAKAI KY JELLY,
    LANGKAH PANGLIMA SUDAH TERLAJAK,
    KELAK PENGKHINAT BANGSA GELAR DIBERI,
    ITULAH DIA ANWAR AL-JUBURI (5X)
    alahai jijah mah sape nak berpantun bole kirim kat sinih!!!!

    ReplyDelete