ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, February 27, 2010

UMNO DITUDUH LAGI

Nampak gaya macam menarik isi kandungan akhbar tersebut.  Mana boleh dibeli ya? Teringin juga nak baca majalah terbaru tersebut.  Ada sesiapa boleh tahu dimana nak beli majalah tersebut? UMNO Selangor tak terlibat tabloid Selangor Kita

SHAH ALAM 26 Feb. - UMNO Selangor menafikan ia mempunyai kaitan dengan penerbitan akhbar tabloid baru, Selangor Kita yang dikesan diedarkan di negeri ini hari ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukur Idrus berkata, pihaknya tidak ada kena mengena dengan penerbitan akhbar yang dipercayai tidak mempunyai permit itu.

"Kami UMNO Selangor tidak menerbitkan sebarang akhbar apa lagi terlibat dengan penerbitan dan pengedaran akhbar ini (Selangor Kita).

"Bagaimanapun saya tidak hairan dengan tuduhan terbaru ini kerana memang sudah menjadi perangai pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang sejak dulu yang beranggapan apa yang tidak baik mesti datang daripada UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita bagi mengulas mengenai akhbar tabloid Selangor Kita yang dikesan diedarkan semasa perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini.

Abdul Shukur juga tidak menolak kemungkinan penerbitan akhbar itu hasil daripada suara rakyat yang sudah muak dengan pemimpin pakatan pembangkang.

Terdahulu pada satu sidang akhbar di sini, Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Che Rosli Che Mat berkata, beliau memperoleh senaskhah akhbar itu selepas sambutan Maulidur Rasul di Stadium Malawati pagi ini.

Mengecam mereka yang mengambil kesempatan berbuat demikian pada sambutan ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW tersebut, Ahli Parlimen Hulu Langat itu menggambarkan akhbar berkenaan ditujukan kepada pakatan pembangkang dengan membawa kandungan berbaur fitnah.

Akhbar tabloid berharga RM2 itu tiada identiti pencetak dan penerbit yang sepatutnya wajib dinyatakan oleh setiap akhbar di negara ini.

Antara tajuk dimuatkan akhbar berbahasa Malaysia itu ialah Arak menu biasa di Selangor, Selangor Darul Urut dan Pengakuan mangsa liwat Anwar.

Akhbar itu turut membawa satu rencana terbitan 6 September 2000 iaitu temu bual dengan wartawan homoseksual Ashley Lee dengan tajuk During the Anwar trial it was easy to get lucky.

Kebanyakan rencana akhbar itu menyasarkan Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Exco kerajaan negeri dari DAP, Ronnie Liu dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

No comments:

Post a Comment