ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Wednesday, February 17, 2010

BANTAHAN

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang, YM Ungku Md Salleh bin Ungku Abdul Jamal (gambar) turut serta di dalam penyerahan memorandum bantahan berhubung tindakan 50 ahli Parlimen Australia di dalam campur tangan dengan mendesak Kerajaan Malaysia menggugurkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. SYABASSS.. PEMUDA SERDANG



_______________________________________________

Kuala Lumpur, 17 Febuari – Kerajaan Australia menegaskan mereka sentiasa menghormati kedaulatan Malaysia dan sama sekali tidak mahu campur tangan dalam urusan perundangan negara ini.

Pendirian rasmi Kerajaan Australia itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya Tingginya ke Kuala Lumpur, H.E Penny Williams kepada Pemuda BN, hari ini.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin, berkata pendirian itu dijelaskan kepadanya semasa penyerahan memorandum bantahan berhubung tindakan 50 ahli Parlimen negara itu campur tangan dengan mendesak Kerajaan Malaysia menggugurkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita dimaklumkan oleh Williams bahawa mereka sama sekali tidak mahu membuat satu penilaian tentang perbicaraan Anwar. Itu pendirian kerajaan rasmi Kerajaan Australia dan kita terima kenyataan tersebut.

“Atas kesedaran itu, pesuruhjaya tinggi mereka telah menerima memorandum berkenaan dan memberi jaminan memorandum tersebut akan di sampaikan kepada Canberra,” katanya.

Lebih 500 belia yang terdiri daripada Pemuda BN dan pertubuhan belia yang lain hari ini menyampaikan kemarahan dan bantahan rakyat Malaysia kepada Pesuruhjaya Tinggi Australiaitu di Pejabat Suruhanjaya Tinggi itu pagi tadi.

Memorandum bantahan itu adalah susulan kepada tindakan 50 Ahli Parlimen negara itu menggesa kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Dengan laungan slogan “Mind Your Own Business” kumpulan tersebut diketuai oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy bersama lebih 500 belia dan komponen Pemuda BN berarak sejauh kira-kira 500 meter ke kedutaan Australia, dekat sini.

Kemarahan rakyat turut terpapar pada sepanduk yang diarak, antaranya, “Jangan Campur Urusan Negara Kami”, “Mind Your Mess, The Abo, killing Of Indian, Students, Racism, Etc…”, “Judge Yourself First Before Judging Others” dan pelbagai sepanduk lain yang mengecam kerajaan Australia.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pemuda MIC, T.Mohan serta pimpinan Pemuda BN dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) belia yang lain.

Pada sidang media itu juga, Khairy turut memaklumkan, beliau telah meminta pendirian rasmi kerajaan negara berkenaan berhubung isu tersebut.

“Pada masa yang sama, kita juga telah minta supaya kemarahan rakyat kita, pendapat rakyat kita, perasaan rakyat kita, tuntutan rakyat kita ini disampaikan semula kepada Canberra.

“Walaupun perkara itu tidak datang daripada Kerajaan Australia, tetapi kita anggap ianya serius kerana ianya dikeluarkan oleh Ahli Parlimen mereka yang adalah wakil rakyat. kita tidak mahu isu ini dipolitikkan di Australia hingga ia mencetuskan ketegangan yang lebih meruncing,” katanya. -UMNONews

No comments:

Post a Comment