ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Saturday, February 6, 2010

BARANG LAMA

Walaupun harga Enjin Pesawat yang hilang tersebut hanya RM 303,000.00 sebuah namun ianya tetap satu kesalahan.  Mungkin ianya boleh berlaku kepada Enjin-enjin pesawat yang lain juga.  Yang bersalah mesti tetap dihukum.  Dalang disebalik perkara ini mesti bertanggungjawab. 

Tahniah kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Pertahanan, Peguam Negara dan sesiapa sahaja yang terbabit di dalam siasatan ini.  Tahniah kerana cepat bertindak mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara ini.

06/02/2010 4:51pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Semua usaha diambil untuk menemui semula dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, yang dikesan di Uruguay, walaupun barang-barang itu bukan aset strategik kepada negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kedua-dua enjin itu untuk kuasa jet pejuang F-5E berusia lebih 35 tahun kerana ia dibeli pada tahun 1972.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan tinjauan di Kampung Baru di sini hari ini, katanya, nilai enjin tersebut ialah kira-kira RM303,000 setiap satu.

"Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama... bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18,” kata beliau.

Katanya, enjin pesawat itu bukan lagi untuk pesawat barisan hadapan dari aspek kemampuan dan teknologi.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, kerajaan Uruguay telah mengesan dua enjin yang hilang itu dan usaha-usaha sedang dilakukan untuk membawanya balik. – Bernama

No comments:

Post a Comment