ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

ISLAM DI TATANG, MELAYU DIJULANG. ALLAHHUAKBAR!!!!!

MALAYSIA MASIH AMAN

Tuesday, February 2, 2010

PROJEK SAKIT

BANDAR SERI PUTRA :- Hari ini Bandar Seri Putra menerima kunjungan dari Timbalan Menteri Pelajaran yang datang untuk melihat projek Sekolah Menengah disini.  Beliau juga mengingatkan semua kontraktor 45 projek 'sakit' di bawah kementerian itu supaya menyiapkan projek mereka mengikut jadual bagi mengelakkan disenarai hitam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata (gambar), setakat ini seramai lima kontraktor sudah disenarai hitam sementara 23 lagi kontraktor dalam proses dikenakan tindakan sama.

"Jangan nanti bila sudah kena tindakan kata pihak kerajaan atau kementerian tidak adil sebab ini janji kerajaan iaitu Pencapaian Diutamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah di Bandar Seri Putra di sini yang terbengkalai.

Mohd Puad berkata, kontraktor sekolah itu juga sudah dikenakan tindakan kerana kegagalan menyiapkan projek walaupun kementerian sudah memberi peluang iaitu melanjutkan masa sebanyak dua kali.

Beliau berkata, tender baru bagi meneruskan projek sudah pun dibuka dan kontraktor baru dijangka dilantik pada awal Mac depan.

"Projek itu akan dimulakan sejurus kemudian dan akan siap dalam tempoh tujuh bulan memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum siap. Ia dijadual boleh digunakan untuk sesi persekolahan 2011," katanya.

Projek pembangunan sekolah bernilai RM20 juta itu yang bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008, mempunyai 36 bilik darjah dan dijangka dapat menampung 1,100 pelajar.

Salah seorang penduduk Pangsapuri Seri Mawar, Bandar Seri Putra, Abdul Rahim Mat Top (Gambar) ketika ditanya, beliau amat berharap, penyegeraan projek ini amatlah diharapkan bagi memberi kemudahan kepada semua penduduk Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota dan penduduk sekitar menghantar anak-anak mereka kesekolah ini.

No comments:

Post a Comment